Monday, November 8, 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah..=)

Pejam celik, pejam celik..dah msuk bulan Zulhijjah..mm,my islam born day..he2
mm..ni da sdikit sbyk ilmu yg nak di share ngn korg suma..
Hiasilah bulan Zulhijjah dgn amal ibadah ye.. Kebetulan lak sme ngn final exam..hu2
Hope sama2 kita dapat ganjaran pahala yg brganda..=)
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya; 
 
Hari
Kelebihannya
1 Zulhijjah
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan  dosanya.”
2 Zulhijjah
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.”
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan oleh Allah
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.”
4 Zulhijjah
Nabi Isa a.s telah dilahirkan
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, trerhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari Kiamat kelak, ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.”
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s dilahirkan
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, terlepas ia daripada munafik serta seksaan kubur.”
6 Zulhijjah
Allah membukakan pinti kebajikan kepada Nabi-Nabinya
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih saying serta terlepas daripada azab.”
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, dikunci Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.”
8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail. Seharian beliau berfikir adakah perintah itu datangnya dari Allah atau syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari ‘Tarwiya’ (hari berfikir-fikir).
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.”
9 Zulhijjah
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam surah Al- Maidah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 9H, ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga, Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  “Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”


Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan-amalan yang boleh dilakukan :-

HARI
AMALAN
1 - 9 Zulhijjah
Sunat berpuasa
8 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 
  Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
  Solat sunat qabliyah asar
  Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
  Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
  Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
  Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
  Solat sunat tasbih
  Solat sunat hajat
  Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
10 Zulhijjah 
Hari Raya Haji/Korban
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha
 - Membaca takbir ,Melakukan korban
 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29 atau 30 Zulhijjah
Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.
Allahu A'lam..

Renung-renungkan dan Selamat beramal…=D
Sebelum terlambat nak juga ucapkannn...














No comments: