Sunday, November 21, 2010

SaNtai tyMe..

      Yeay..!!..smpat gak Tyra braye kat umah aritu..mm,tenks to Bus Shamisha bb dh anta Tyra blik Penang dgn slmat..nseb jln gak bas tyme mlm raya..mm

      Smpi2 trus je dh pagi raya Aidil Adha..mm,xsaba nk mrasa ketupat n rendang buatan tok tercinta..he2  Sedap cgt..then,mlm tu plak abah ajak g tgk wyg..he2..Conok cgt bb dh lme xg cinema. Biasela, kt Klntan mna da tmpat cm2, so tpksela tgk kt Penang ni..

Cter yg Tyra tgk tyme mlm 2 ialah…jeng..jeng..jeng..he2



Harry Potter and Deathly Hallows
Part 1





       Bru je kuar cter Harry Potter nih, pas2 trus g tgk..mm,sgt excited kan..nway,bg spe yg xtgk ag ugi taw..cterny cgt seronok..he2..Tak bosan lnsung, pnuh ngn jln cter yg menarik dri mula smpi abis..

Hmm, xsaba rsnya nk tggu HP7 part 2 lak..kne tggu taun dpn la..

Ni ada sdikit gmbr2 dari cter 2 bg korg yg blum tgk lagi..

3 sekawan yg xpnh bpisah dri HP1-HP7

Musuh ketat

( Harry Potter vs Voldemort )

Penyamaran sbg Harry Potter bb nk lindungi Harry Potter yg sebenar dri terbunuh oleh org2 suruhan Voldemort. (lawak bla tgk pmpuan btkr jd harry..he2)


Moto ni boleh terbang..klu da kt Malaysia kn best, ley kurangkan jem..he2

Klu nak taw ap jdi slnjutnya..kna la tgk sndri, t xbestla cter kat cni..he2
k..datz all for today.. njoy watching the trailer….








Monday, November 8, 2010

Kelebihan Bulan Zulhijjah..=)

Pejam celik, pejam celik..dah msuk bulan Zulhijjah..mm,my islam born day..he2
mm..ni da sdikit sbyk ilmu yg nak di share ngn korg suma..
Hiasilah bulan Zulhijjah dgn amal ibadah ye.. Kebetulan lak sme ngn final exam..hu2
Hope sama2 kita dapat ganjaran pahala yg brganda..=)
Salah satu cara yang telah dianjurkan oleh agama kita ialah  dengan berpuasa sunat pada tanggal 1 hingga 9 Zulhijjah.  Kelebihan berpuasa pada hari itu berbeza-beza pula, menurut sebuah Hadis yang telah diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r.a.,  Rasulullah bersabda maksudnya; 
 
Hari
Kelebihannya
1 Zulhijjah
Kesalahan Nabi Adam diampuni Allah
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diampuni Allah akan  dosanya.”
2 Zulhijjah
Doa Nabi Yunus diperkenankan oleh Allah
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu seolah-olah ia berpuasa setahun dan tidak pernah berbuat maksiat sedikit pun.”
3 Zulhijjah
Doa Nabi Zakaria diperkenankan oleh Allah
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, diperkenankan Allah segala doanya.”
4 Zulhijjah
Nabi Isa a.s telah dilahirkan
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, trerhindar ia daripada kefakiran serta kemelaratan dan pada hari Kiamat kelak, ia akan tergolong bersama dengan orang-orang terhormat.”
5 Zulhijjah
Nabi Musa a.s dilahirkan
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, terlepas ia daripada munafik serta seksaan kubur.”
6 Zulhijjah
Allah membukakan pinti kebajikan kepada Nabi-Nabinya
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, ia akan dipandang oleh Allah dengan penuh rahmat dan kasih saying serta terlepas daripada azab.”
7 Zulhijjah
Pintu neraka jahanam akan dikunci dan dibuka semula lewat 10 Zulhijjah.
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu, dikunci Allah baginya 30 pintu kesulitan dan dibukakan 30 pintu kesenangan.”
8 Zulhijjah
Nabi Ibrahim bermimpi mendapat perintah dari Allah supaya menyembelih puteranya, Ismail. Seharian beliau berfikir adakah perintah itu datangnya dari Allah atau syaitan. Hari itu telah dinamakan dengan hari ‘Tarwiya’ (hari berfikir-fikir).
“Barangsiapa berpuasa pada hari itu, ia akan diberi Allah pahala yang tidak terhitung jumlahnya, hanya Allah yang mengetahui.”
9 Zulhijjah
Turun ayat terakhir kepada Rasulullah s.a.w yang terdapat dalam surah Al- Maidah, ayat 3. Menurut sejarah, 81 hari setelah ayat ini diturunkan iaitu pada tanggal 9 Zulhijjah tahun 9H, ketika Nabi wukuf di Arafah, baginda pun wafat. Pada hari itu juga, Allah memberitahu kepada Nabi Ibrahim bahawa perintah menyembelih anak itu sememangnya adalah perintah dariNya bukan dari syaitan.  Justeru hari itu dinamakan hari "Arafah" (hari tahu).  “Barangsiapa yang berpuasa pada hari itu akan diampunkan  Allah dosanya setahun yang lalu dan setahun yang akan datang.”


Ganjaran Bagi Mereka Yang Memuliakan Zulhijjah
Kata sebahagian Ulama, "Barang siapa yang memuliakan hari-hari yang berlalu dalam bulan Zulhijjah, nescaya ia akan dianugerahi oleh Allah dengan 10 macam kemuliaan iaitu:
  • 1. Berkat pada umurnya
  • 2. Bertambah hartanya
  • 3. Kehidupan rumahtangganya akan terjamin
  • 4. Membersihkan diri daripada dosa dan kesalahan yang telah lalu
  • 5. Amal ibadat serta kebaikannya akan berganda
  • 6. Allah akan memudahkan pada saat kematiannya
  • 7. Allah akan menerangi kuburnya selama berada di alam barzakh
  • 8. Allah akan memberatkan timbangan amal baiknya semasa di Mahsyar
  • 9. Selamat daripada kejatuhan kedudukannya di dunia
  • 10. Martabatnya akan dinaikkan pada sisi Allah.

Amalan-amalan yang boleh dilakukan :-

HARI
AMALAN
1 - 9 Zulhijjah
Sunat berpuasa
8 Zulhijjah
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat
9 Zulhijjah
(Hari Wukuf di Arafah)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadat, Disunatkan berpuasa bagi orang yang tidak mengerjakan haji, 
  Membaca surah Al-Ikhlas 1000 kali
  Solat pada awal waktu.. jadilah ianya amalan harian hendaknya..
  Solat sunat qabliyah asar
  Selepas solat asar - Baca Surah Yasin 3 kali
  Membaca Laillahaillalah wahdahula....huallakulishaiinkodir sebanyak 400 kali (bermula dari asar - isyak boleh sambung) Fadhilatnya bagaikan memerdekakan 100 hamba.
  Solat sunat qabliyah & ba'diyah maghrib
  Selepas solat maghrib - solat sunat awwabin 6 ra'kaat (3 salam) Fadhilat penghapusan dosa     bagi 50 tahun - hadith... jadikanlah ianya amalan bulanan/mingguan hendaknya...
  Solat sunat tasbih
  Solat sunat hajat
  Berdoa dengan doa Nabi Adam iaitu robbana zolamna... sebanyak 50 kali
10 Zulhijjah 
Hari Raya Haji/Korban
Sembahyang sunat Hari Raya Aidil Adha
 - Membaca takbir ,Melakukan korban
 11, 12 dan 13 Zulhijjah (Hari-hari Tasyrik)
Hidupkan malamnya dengan banyak beribadah, takbir selepas sembahyang waktu
29 atau 30 Zulhijjah
Selepas solat 'Asar membaca doa akhir tahun. Selepas solat Maghrib membaca doa tahun baru.
Allahu A'lam..

Renung-renungkan dan Selamat beramal…=D
Sebelum terlambat nak juga ucapkannn...














Monday, November 1, 2010

Ketahuilah Rahsia 13

Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang sudah tahu atau panduan bagi yang baru tahu…




Bil.
Rukun Solat
1.
Niat Sembahyang
-       Akan memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat. 

2.
Berdiri Betul
-       Dapat meluaskan tmpt kita di dlm kubur

3.
Takbirratul Ihram
-       Sebagai pelita yang menerangi kita di dlm kubur

4.
Membaca surah Al-Fatihah
-       Akan mnjadi pakaian yang indah2 ketika di dlm kubur

5.
Rukuk
-       Akan  mnjadi tikar kita di dalam kubur

6.
I’ktidal
-       Akan memberi minuman air dari telaga al-Kautsar ketika di dlm kubur

7.
Sujud
-       Akan memagari kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM


8.
Duduk antara 2 sujud
-       akan menaung panji-panji nabi kita di dalam kubur

9.
Duduk tahiyat akhir
-       akan mjadi kenderaan ketika kita di pdg Mahsyar

10.
Bacaan tahiyat akhir
-       sbg penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dlm kubur. 

11.
Selawat ke atas Nabi dlm tahiyat akhir
-       Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur
12.
Memberi salam
-       Memelihara kita di dalam kubur

13.
Tertib
-       Pertemuan  kita dengan Allah S.W.T. 


Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A. W.bersabda :

 “Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi / Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu ” FRIDAY the 13th ” jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!” 


“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…=)



Tuesday, October 19, 2010

Dimulakan dengan Bismillah..

BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz 'BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM' yang bermaksud 'Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..'

KELEBIHAN-
KELEBIHAN BISMILLAH

1. Yang pertama ditulis Qalam adalahBISMILLAH.. Maka apabila kamu menulis sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya keranaBISMILLAH tertulis pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. 'BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya
 sekejap mata pun sejak BISMILLAHditurunkan kepada Adam. ' (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklahBISMILLAH dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya.

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalahBISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.



6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka ada 19 (QS.AL Muddatsir: 30). Ibnu Mas ' ud berkata: ' Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah BISMILLAH 19 kali setiap hari.

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (
penjaga/khadam) hingga tiap huruf berkata, ' Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan kamilah kehebatannya. '

8. Barangsiapa yang memuliakan tulisanBISMILLAH nescaya Allah akan mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala dosa kedua orang tuanya.

9. Barangsiapa yang membacaBISMILLAH maka akan bertasbihlah segala gunung kepadanya.

10. Barangsiapa yang membacaBISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membacaBISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.





12. Ustaz Dato Ismail Kamus pernah berpesan dalam siri ceramahnya : Jika kamu ingin dipermudahkan segala perkerjaan dan dipermudahkan dalam usaha mencari rezeki, bacalah oleh kamu akan Bismillahi Rohmani Rohim sebanyak 201 kali selepas Solat Subuh. InsyaAllah.

p/s: Sebarkan pada semua kenalan anda. Sabda Rasulluah, 'Siapa yang menyampaikan satu ilmu dan orang yang mengamalkannya maka dia akan beroleh pahala walaupun sudah tiada..... ' 
InsyaAllah.. .